Tadi waktu aku tengah seronok-seronok scroll socmed (social media), aku terjumpa satu artikel yang sangat menarik pasal pengurusan kewangan atau 'money management'. Yes, ramai orang yang fail bab ni termasuk la aku hahaha..Content menarik, padat dan bernas..Jom aku share dengan korang apa yang aku baca...
1. Know your cash flow
Step pertama utk mengurus kewangan dgn lebih jitu ialah mengetahui
aliran keluar masuk duit. Pada awal2 mula bekerja saya keep track cash
flow bulanan menggunakan excel, mudah dan berguna. Jika kita melazimi
merekod aliran masuk/keluar, kita akan lebih peka utk tidak berbelanja
lebih dari sepatutnya and dapat mengukur baju di badan sendiri. Daripada
senarai perbelanjaan yg ada, kita akan tahu dimanakah cost yg paling
tinggi, dan cari option lain utk dapat nilai yg sama dgn harga yg lebih
murah. Jangan takut utk menukar pelan telco, atau jenama penapis air
jika terdapat tawaran yg lebih baik pada quality yg setara. Be in charge
& jadilah pengguna yg bijak. Di zaman teknologi sekarang, manfaatkan setiap kemudahan yg disediakan
sebaik-baiknya. Kabanyakan urusan perbankan dapat dibuat secara online,
termasuk manambah akaun baru. Asingkan punca pendapatan (jika ada lebih
dari satu, contohnya ada online business atau rumah sewa).
2. Strategized with your spouse
Untuk step ini, jika anda telah berkeluarga, anda haruslah berbincang
monthly cash flow ini bersama pasangan. Suami sy pada mulanya agak
keberatan utk berbincang dan mengatakan sy seorang yg mementingkan duit
(haha) apabila sy mengajaknya menyenaraikan cash-flow bulanan kami. Utk
mengelakkan makcik/pakcik membawang di ruang komen, mohon maklum bahawa
sy tidak pernah menyekat suami sy berbelanja kpd parents &
keluargnya di kampung. Sy cuma memintanya menyenaraikan perbelanjaan
supaya kami boleh menyemak aliran keluar masuk. Alhamdulillah beliau
seorang yg bertolak-ansur dan memberi kerjasama. Oleh kerana suami bukan
seorang yg suka menyimpan, kebanyakan ‘fixed cost’ (kos bulanan yg sama
seperti installment rumah, bil sekolah anak-anak, transportation, etc)
dibawah tanggungannya. Sy juga memintanya utk upgrade potongan TH &
belanja bulanan utk parentsnya setiap kali pangkatnya naik. Berapa yg
dia mahu tambah,, itu urusannya. Sy pula bertanggungjawab utk
menguruskan simpanan, dan sebahagian besar gaji sy disimpan utk
menunaikan ibadah Haji sy & suami, tabung pendidikan anak2, tabung
kecemasan, tabung makan angin & tabung asset (untuk future capital
expenditure). Untuk kos2 groceries & other miscellaneous items, kami
berkongsi & tiada masalah kerana masing2 tidak berkira kerana kami
saling percaya (alhamdulillah). Nasihat saya, carilah bakal pasangan yg
matang dan boleh bertolak ansur..
3. Maksimakan simpanan di Tabung Haji
When you know your cash flow, you will be able to roughly estimate how
much money you can save for that month. Each time dapat gaji, saya akan
setelkan bil kad kredit, telco, utilities, insurans, etc. Dengan gaji
yang tinggal, saya akan buat anggaran berapa maximum saving yg sy boleh
buat utk bulan tu, and akan directly transfer ke Tabung Haji. 50% dari
saving akan masuk ke akaun saya (untuk tabungan pergi haji, dana
kecemasan, dana asset, etc), 50% lg dibahagikan kepada anak2 saya. Duit
yg tinggal di dalam akaun simpanan Maybank cuma ditinggalkan cukup utk
kegunaan bulan tersebut. Antara kelebihan menyimpan di TH ialah patuh
syariah, zakat dibayar, dividen yg tinggi (~6-8%), lebih selamat dari
scammers, dan kadar kecairan yg tinggi seperti menyimpan di akaun
simpanan biasa. Melalui Maybank2u anda boleh buat direct transaction ke
TH atau dari TH ke MBB. Jadi tidak perlu runsing jika terlebih saving
selepas dapat gaji, sebab anda boleh pindahkan balik ke MBB jika
memerlukan.
4. Tabung emas
Sy mula menyimpan emas di Kuwait Finance House 6-7 tahun yg lepas kerana
pada waktu itu KFH adalah satu-satunya bank yg menyediakan simpanan
emas patuh syariah. Belian/jualan balik emas boleh dibuat secara online.
Kita perlu peka tentang margin harga jualan/belian bank (boleh check
online). Ketika itu harga emas agak mahal, dan berlaku kejatuhan harga
emas beberapa tahun kemudian. Cara sy membeli emas adalah dgn membuat
kiraan ‘weighted average’ untuk memastikan setiap kali emas dibeli,
harga average setiap gram emas (termasuk yg sedia ada) akan lebih
rendah. Pendek kata, maksimakan pembelian apabila harga semasa emas
lebih murah. Sy agak beruntung kerana dapat menggunakan kejatuhan emas
dahulu untuk teknik ini. Namun sy berhenti apabila simpanan di KFH 80g
kerana takut terlepas membayar zakat emas simpanan (at 85g).
5. Unit trust untuk long term investment
Sy mula berjinak2 dengan UT pada awal mula bekerja selepas ada sahabat
inform KWSP tidak Syariah compliant. Pada ketika itu sy cuba utk
meminimakan duit sy di KWSP, maka antara jalan yg boleh diikut ialah to
deviate pelaburan ke Unit Trust yg patuh syariah. Alhamdulillah sy
ditemukan dgn agent yg bijak dan amanah. Walaupun sekarang KWSP dah ade
option untuk syariah compliant (dan sy telah menukar kpd option
tersebut), sy masih teruskan utk melabur sebahagian dari akaun 1 setiap 3
bulan kerana prestasi yg baik oleh agent saya. Sy juga ada membuat
simpanan setiap bulan utk tabung Pendidikan anak2 saya (digunakan dlm
masa 10-15 tahun akan dtg). Antara perkara yang paling penting apabila
mahu melabur di unit trust ialah Ejen yg jujur, bijak & cekap.
Ejen-ejen UT perlu mengambil training dan examination utk kekal aktif,
jd dari segi ilmu pelaburan mereka sepatutnya melepasi minimum
requirement. Tetapi yg membezakan mereka adalah jujur (tidak cuba
memesong ke non-syariah compliant shceme utk dividen lebih tinggi), atau
suka mempengaruhi pelabur utk jual unit2 mereka dlm jangka masa pendek,
kemudian minta melabur lagi. Setiap kali anda melabur, 5% (jika cash)
atau 3% (jika dari KWSP) akan pergi kpd ejen, jd lebih byk transaksi
berulang, anda akan rugi dan ejen akan untung lebih. Set in mind duit di
UT adalah pelaburan jangkamasa panjang utk ‘dilupakan’ – in other words
betul2 lebihan belanja dan takkan dikorek balik utk renew roadtax etc.
At least 5 tahun jgn usik. Lagi lama lg bagus, kerana compounding effect
adalah antara yg menjadikan UT menariks.
6. Wasiat /Hibah
Sejujurnya sy mengakui bhw kami masih belum completekan part ini
walaupun ia sgt penting. Sy cuma mengemaskinikan email yg sy hantar
setiap tahun kpd kakak saya cara sy mahu harta/tabungan saya
dibelanjakan jika saya tiada. Masih byk perkara yg perlu kami buat,
insyaAllah dapat selesaikan documentation process secepat mungkin.
7. Saham akhirat
Setiap rezeki kita, ada bahagian org lain. Mungkin bahagian itu telah
dilangsaikan ketika membayar zakat, tapi lazimilah bersedekah kerana
destinasi utama kita adalah di akhirat sana. Ada byk cara utk
bersedekah. Antara method yg sy gunakan adalah memilih beberapa badan
kebajikan, and buat monthly standing instruction. Antara badan
kebajikan/individu yg boleh dipilih adalah Telekung Project, Buai
Sayang, Syed Azmi, 3rd Force, cikgu Abd Ghani, Natipah Abu, etc. Jika
punya rezeki yg lebih boleh juga consider sponsor anak2 yatim di
Syria/Palestin under Aqsa Sharif atau mana2 NGO bertauliah. Boleh juga
mempelbagaikan sedekah ke badan dakwah spt MRM (M’sia Reverted Muslim),
atau project istimewa spt Dialogue by The Muslim Show br2 ini. Sumbangan
tidak perlu byk, ikut kemampuan. Sumbangan juga tidak semestinya dgn
duit. Ilmu, tanaman, selipar waqaf etc boleh menjana ‘passive pahala’
tanpa kita sedari. Dgn cara ini kita boleh lebih istiqamah, dan harapnya
kita boleh bersedekah dgn tgn kanan, tanpa tgn kiri mengetahuinya. Oh
ya, setiap kali sy keluarkan duit kesini, sy niatkan sekali utk suami
& ibu-bapa & anak2. Perlu diingat, apa yg kita ada harini, belum
tentu jadi milik kita, tp jika kita belanjakan di jalanNya, insyaallah
diterima.
8. Asset – hartanah
Sy pernah menyewakan rumah pertama sy apabila berpindah ke rumah baru,
namun pelbagai masalah yg timbul akibat tersalah pilih penyewa. Ketika
itu jujur sy katakan tiada ketenangan. Kini masalah sudah selesai ttp
kami masih agak ‘trauma’ hehe. Berhati-hati dgn segala momokan keindahan
passive income melalui hartanah, kerana tak semua seindah khabar.
Kredit: IIUM Confessions