Friday, April 26, 2019

Pengurusan Kewangan Yang Bijak (Telus dan Terbaik!!)

Tadi waktu aku tengah seronok-seronok scroll socmed (social media), aku terjumpa satu artikel yang sangat menarik pasal pengurusan kewangan atau 'money management'. Yes, ramai orang yang fail bab ni termasuk la aku hahaha..Content menarik, padat dan bernas..Jom aku share dengan korang apa yang aku baca...

1. Know your cash flow

Step pertama utk mengurus kewangan dgn lebih jitu ialah mengetahui aliran keluar masuk duit. Pada awal2 mula bekerja saya keep track cash flow bulanan menggunakan excel, mudah dan berguna. Jika kita melazimi merekod aliran masuk/keluar, kita akan lebih peka utk tidak berbelanja lebih dari sepatutnya and dapat mengukur baju di badan sendiri. Daripada senarai perbelanjaan yg ada, kita akan tahu dimanakah cost yg paling tinggi, dan cari option lain utk dapat nilai yg sama dgn harga yg lebih murah. Jangan takut utk menukar pelan telco, atau jenama penapis air jika terdapat tawaran yg lebih baik pada quality yg setara. Be in charge & jadilah pengguna yg bijak. Di zaman teknologi sekarang, manfaatkan setiap kemudahan yg disediakan sebaik-baiknya. Kabanyakan urusan perbankan dapat dibuat secara online, termasuk manambah akaun baru. Asingkan punca pendapatan (jika ada lebih dari satu, contohnya ada online business atau rumah sewa).

2. Strategized with your spouse

Untuk step ini, jika anda telah berkeluarga, anda haruslah berbincang monthly cash flow ini bersama pasangan. Suami sy pada mulanya agak keberatan utk berbincang dan mengatakan sy seorang yg mementingkan duit (haha) apabila sy mengajaknya menyenaraikan cash-flow bulanan kami. Utk mengelakkan makcik/pakcik membawang di ruang komen, mohon maklum bahawa sy tidak pernah menyekat suami sy berbelanja kpd parents & keluargnya di kampung. Sy cuma memintanya menyenaraikan perbelanjaan supaya kami boleh menyemak aliran keluar masuk. Alhamdulillah beliau seorang yg bertolak-ansur dan memberi kerjasama. Oleh kerana suami bukan seorang yg suka menyimpan, kebanyakan ‘fixed cost’ (kos bulanan yg sama seperti installment rumah, bil sekolah anak-anak, transportation, etc) dibawah tanggungannya. Sy juga memintanya utk upgrade potongan TH & belanja bulanan utk parentsnya setiap kali pangkatnya naik. Berapa yg dia mahu tambah,, itu urusannya. Sy pula bertanggungjawab utk menguruskan simpanan, dan sebahagian besar gaji sy disimpan utk menunaikan ibadah Haji sy & suami, tabung pendidikan anak2, tabung kecemasan, tabung makan angin & tabung asset (untuk future capital expenditure). Untuk kos2 groceries & other miscellaneous items, kami berkongsi & tiada masalah kerana masing2 tidak berkira kerana kami saling percaya (alhamdulillah). Nasihat saya, carilah bakal pasangan yg matang dan boleh bertolak ansur..

3. Maksimakan simpanan di Tabung Haji

When you know your cash flow, you will be able to roughly estimate how much money you can save for that month. Each time dapat gaji, saya akan setelkan bil kad kredit, telco, utilities, insurans, etc. Dengan gaji yang tinggal, saya akan buat anggaran berapa maximum saving yg sy boleh buat utk bulan tu, and akan directly transfer ke Tabung Haji. 50% dari saving akan masuk ke akaun saya (untuk tabungan pergi haji, dana kecemasan, dana asset, etc), 50% lg dibahagikan kepada anak2 saya. Duit yg tinggal di dalam akaun simpanan Maybank cuma ditinggalkan cukup utk kegunaan bulan tersebut. Antara kelebihan menyimpan di TH ialah patuh syariah, zakat dibayar, dividen yg tinggi (~6-8%), lebih selamat dari scammers, dan kadar kecairan yg tinggi seperti menyimpan di akaun simpanan biasa. Melalui Maybank2u anda boleh buat direct transaction ke TH atau dari TH ke MBB. Jadi tidak perlu runsing jika terlebih saving selepas dapat gaji, sebab anda boleh pindahkan balik ke MBB jika memerlukan.

4. Tabung emas

Sy mula menyimpan emas di Kuwait Finance House 6-7 tahun yg lepas kerana pada waktu itu KFH adalah satu-satunya bank yg menyediakan simpanan emas patuh syariah. Belian/jualan balik emas boleh dibuat secara online. Kita perlu peka tentang margin harga jualan/belian bank (boleh check online). Ketika itu harga emas agak mahal, dan berlaku kejatuhan harga emas beberapa tahun kemudian. Cara sy membeli emas adalah dgn membuat kiraan ‘weighted average’ untuk memastikan setiap kali emas dibeli, harga average setiap gram emas (termasuk yg sedia ada) akan lebih rendah. Pendek kata, maksimakan pembelian apabila harga semasa emas lebih murah. Sy agak beruntung kerana dapat menggunakan kejatuhan emas dahulu untuk teknik ini. Namun sy berhenti apabila simpanan di KFH 80g kerana takut terlepas membayar zakat emas simpanan (at 85g).

5. Unit trust untuk long term investment

Sy mula berjinak2 dengan UT pada awal mula bekerja selepas ada sahabat inform KWSP tidak Syariah compliant. Pada ketika itu sy cuba utk meminimakan duit sy di KWSP, maka antara jalan yg boleh diikut ialah to deviate pelaburan ke Unit Trust yg patuh syariah. Alhamdulillah sy ditemukan dgn agent yg bijak dan amanah. Walaupun sekarang KWSP dah ade option untuk syariah compliant (dan sy telah menukar kpd option tersebut), sy masih teruskan utk melabur sebahagian dari akaun 1 setiap 3 bulan kerana prestasi yg baik oleh agent saya. Sy juga ada membuat simpanan setiap bulan utk tabung Pendidikan anak2 saya (digunakan dlm masa 10-15 tahun akan dtg). Antara perkara yang paling penting apabila mahu melabur di unit trust ialah Ejen yg jujur, bijak & cekap. Ejen-ejen UT perlu mengambil training dan examination utk kekal aktif, jd dari segi ilmu pelaburan mereka sepatutnya melepasi minimum requirement. Tetapi yg membezakan mereka adalah jujur (tidak cuba memesong ke non-syariah compliant shceme utk dividen lebih tinggi), atau suka mempengaruhi pelabur utk jual unit2 mereka dlm jangka masa pendek, kemudian minta melabur lagi. Setiap kali anda melabur, 5% (jika cash) atau 3% (jika dari KWSP) akan pergi kpd ejen, jd lebih byk transaksi berulang, anda akan rugi dan ejen akan untung lebih. Set in mind duit di UT adalah pelaburan jangkamasa panjang utk ‘dilupakan’ – in other words betul2 lebihan belanja dan takkan dikorek balik utk renew roadtax etc. At least 5 tahun jgn usik. Lagi lama lg bagus, kerana compounding effect adalah antara yg menjadikan UT menariks.

6. Wasiat /Hibah

Sejujurnya sy mengakui bhw kami masih belum completekan part ini walaupun ia sgt penting. Sy cuma mengemaskinikan email yg sy hantar setiap tahun kpd kakak saya cara sy mahu harta/tabungan saya dibelanjakan jika saya tiada. Masih byk perkara yg perlu kami buat, insyaAllah dapat selesaikan documentation process secepat mungkin.

7. Saham akhirat

Setiap rezeki kita, ada bahagian org lain. Mungkin bahagian itu telah dilangsaikan ketika membayar zakat, tapi lazimilah bersedekah kerana destinasi utama kita adalah di akhirat sana. Ada byk cara utk bersedekah. Antara method yg sy gunakan adalah memilih beberapa badan kebajikan, and buat monthly standing instruction. Antara badan kebajikan/individu yg boleh dipilih adalah Telekung Project, Buai Sayang, Syed Azmi, 3rd Force, cikgu Abd Ghani, Natipah Abu, etc. Jika punya rezeki yg lebih boleh juga consider sponsor anak2 yatim di Syria/Palestin under Aqsa Sharif atau mana2 NGO bertauliah. Boleh juga mempelbagaikan sedekah ke badan dakwah spt MRM (M’sia Reverted Muslim), atau project istimewa spt Dialogue by The Muslim Show br2 ini. Sumbangan tidak perlu byk, ikut kemampuan. Sumbangan juga tidak semestinya dgn duit. Ilmu, tanaman, selipar waqaf etc boleh menjana ‘passive pahala’ tanpa kita sedari. Dgn cara ini kita boleh lebih istiqamah, dan harapnya kita boleh bersedekah dgn tgn kanan, tanpa tgn kiri mengetahuinya. Oh ya, setiap kali sy keluarkan duit kesini, sy niatkan sekali utk suami & ibu-bapa & anak2. Perlu diingat, apa yg kita ada harini, belum tentu jadi milik kita, tp jika kita belanjakan di jalanNya, insyaallah diterima.

8. Asset – hartanah

Sy pernah menyewakan rumah pertama sy apabila berpindah ke rumah baru, namun pelbagai masalah yg timbul akibat tersalah pilih penyewa. Ketika itu jujur sy katakan tiada ketenangan. Kini masalah sudah selesai ttp kami masih agak ‘trauma’ hehe. Berhati-hati dgn segala momokan keindahan passive income melalui hartanah, kerana tak semua seindah khabar.


Kredit: IIUM Confessions

No comments:

Post a Comment